Cerpen: Gadis di sudut itu
Pertemuan pertama di Art Case Gallery masih segar di ingatannya.
Mataku terpana memerhatikan gerak geri gadis itu, gemalai langkahnya tersusun
satu persatu. Aku pasti yang aku tak pernah melihat gadis ini berkunjung ke
mana-mana galeri lukisan lain mahupun galeri milik Raja Azhar Idris, pelukis
terkenal di Malaysia ini.
Gerak gerinya juga nampak agak canggung, “Barangkali ini kali pertama dia mengunjungi galeri lukisan”, otakku meneka sendirian. Aku mengorak langkah, menghampirinya yang masih asyik merenung lukisan di depannya.

“Maaf mengganggu, tapi apa yang kau nampak dari
lukisan ini?”, aku memulakan bicara, menanti reaksi darinya. Matanya masih
menatap lukisan bertajuk ‘Beware’ tanpa menoleh ke arahku. “Ehem..ehem”,
aku mencuba lagi mengalih perhatiannya. Kiranya percubaan kali kedua ku
berjaya...
“Saya tak pandai mentafsir lukisan sebab saya bukan pengkritik seni ataupun pengumpul karya lukisan. Tapi saya tahu ada banyak cerita tersirat di sebalik lukisan ini. Banyak persoalan muncul, erm..contohnya apa pakcik tu buat kat taman permainan..kenapa selipar budak ni tinggal sebelah je?” …aduh, panjang bicaranya, lancar bibirnya berkata-kata, namun matanya masih belum singgah ke wajahku.

“Kau peminat Abdul Latif Maulan?” tanya ku lagi.
“Siapa?” soalnya kembali.
“Siapa?” soalnya kembali.
“Pelukis untuk lukisan-lukisan yang kau tengok di
pameran hari ni” aku menjawab, nada suara ku sedikit jengkel kerana agak
sensitif apabila pelukis pujaanku seperti diperlekehkan oleh gadis ini.
Dia menoleh sejenak ke arahku lalu matanya menatap risalah di tangannya yang tertulis‚ ’ABDUL LATIF MAULAN: PARALLEL UNIVERSE ~ FIRST SOLO EXHIBITON 7 June 2006 -16 July 2006’, setelah terarah oleh jari telunjukku.
“Oh, sebenarnya housemate saya yang hadiahkan tiket ini sebagai hadiah hari lahir, sebab tu saya datang. Saya kena berterima kasih dengan dia, hadiah ini mungkin hadiah paling tak ternilai dalam hidup saya”, luahnya jujur.

Aku merasakan kejujuran itu terpancar dari wajah kudusnya. Wajahnya tidak secantik Erra Fazira, bicaranya tidak selembut Siti Nurhaliza, suaranya juga tidak semanja Ella, tapi ada aura pada dirinya menarik aku untuk lebih mengenalinya. Dia melangkah pula ke lukisan ’Silhoutee Journey’, lama dia merenung lukisan itu. Aku tak berniat mengganggunya lalu aku mengambil keputusan berdiam,memberinya masa menilai karya itu. Bergenang kelopak matanya, cepat-cepat dia menyapu setitis air mata yang mengalir di pipinya apabila tersedar yang aku masih di sebelahnya.
“Ini lukisan tentang kes realiti yang pernah jadi dulu kan?” tanyanya merujuk kepadaku. Aku mengangguk setuju. Paparan seorang wanita berseorangan di dalam bas, dan bayang-bayang hitam di bahagian tempat duduk belakang seperti sedang merenungnya tajam. Satu keluhan panjang kedengaran,“tak baik mengeluh“,aku menegurnya.
Kekaguman terbit lagi dari hatiku.? Bukan calang-calang orang mampu mentafsir karya ini kerana karya Abdul Latif Maulan biasanya dikaitkan dengan sesuatu tersembunyi di sebalik yang nyata di mata.
Dia tersenyum manis, menampakkan lesung pipit di pipi kirinya.
Sungguh aku tak pernah merasakan tarikan sebegini, malah gerakan jari jemarinya
membetulkan tudung di kepalanya pun nampak indah di mataku sehingga aku
merasakan seperti mendengar alunan suara Ray Charles menyanyikan lagu What A
Wonderful World.
Mabukkah aku hasil air setan yang aku teguk malam tadi?. “Gadis ini biasa saja, tiada yang menarik lalu mengapa aku mengaguminya?”, suara hatiku bermonolog sendiri.
Aku mencuri pandang lagi pada wajahnya, kulitnya putih kuning, hidungnya tidak mancung tapi tidak juga penyek, badannya tidak kurus tapi tidak juga gemuk, penampilannya tidak terlalu bergaya tapi tidak juga terlalu kekampungan...mungkin kesederhanaannya yang memikat. Aku memejam mata, cuba memahat wajahnya dan gayanya kukuh di ingatanku, agar dapat aku abadikan ke layar kanvas selepas ini.

Aku membuka mata, dan dia telah tiada di depanku. Cepat-cepat aku berlari mencarinya sehinggakan aku hampir terlanggar Shahimah, isteri pemilik galeri ini. Tak mungkin sepantas itu dia hilang. Akhirnya aku terpandang gadis itu di satu penjuru galeri, sedang menjawab telefon. Barangkali tidak mahu mengganggu tumpuan pengunjung lain lalu dia memilih penjuru sunyi itu. Ku potretkan detik itu di mindaku, mencurah-curah ilham untuk mengabadikan gerak geri gadis ini. Usai menjawab panggilan itu, dia bergerak terus ke pintu keluar. Aku berlari lagi,mengejarnya yang semakin jauh dari pandangan.
Aku menarik tangan kirinya
sebelum dia melintas jalanraya, dia menoleh pantas dan tangan kanannya juga
pantas menampar pipiku. Berpijar dan panas aku rasakan..rasa pekak sekejap
gegendang telingaku, mengalir darah merah di penjuru bibirku. Wajahnya serba
salah sebaik dia sedar niatku untuk mengelakkan dia dari menjadi mangsa ragut
lelaki bermotosikal yang hampir-hampir berjaya meragut tas tangannya.
Lelaki jahanam itu pantas memecut laju, menyelit di antara
deruan kenderaan lain yang bertali arus. “Takpe, aku ok’, aku bersuara cuba
meredakan kegusarannya.
“Maaf awak, saya tak perasan, saya ingat orang yang berniat jahat tadi’, jawabnya yang barangkali masih terbawa-bawa dengan bebanan perasaan dari lukisan Silhoutee Journey tadi. Aku menyambut huluran tisu dari tangannya, terpandang jari jemarinya, “erm...takde cincin lagi“, gumamku sendirian.

“Apa?”, tanyanya.
“Erm..kenapa kau nak cepat-cepat balik?. Banyak
lagi karya yang kau tak tengok” aku menyoal tanpa menjawab soalannya tadi.
“Saya ada hal sikit, tapi saya akan datang lagi bila ada
masa. Lagipun pameran ni sampai hujung minggu depan kan? Insya Allah, panjang
umur, ada kelapangan saya akan datang lagi”, jawabnya sopan dan dia mengatur
langkah ke tempat letak kereta. Dia menoleh sekilas ke arahku, “terima kasih banyak-banyak”,
ucapnya lalu melangkah terus dan hilang dari pandangan mataku.
Aku masih terpaku di situ, terpesona dengan gerak gerinya sehinggalah aku tersedar dari lamunan bila bahuku ditepuk pensyarahku Suzlee Ibrahim. Beliau merupakan insan yang pernah bertanggungjawab membentuk bakatku sewaktu masih menuntut di Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, UiTM.
“Dah habis mengkaji lukisan Latif ataupun Ayie dah dapat ilham untuk pameran solo sendiri pulak?” tanyanya seperti dapat menuras isi hati ku ketika itu. Aku sengih sambil melangkah kembali ke dalam galeri, aku mau berlama-lama di sana, mengorek seberapa banyak ilmu yang mungkin aku boleh dapatkan dari pelukis-pelukis hebat lain.

Minggu ini aku habiskan masa di galeri ini, menikmati dan
menelaah hasil karya pelukis kontemporari yang aku kagumi. Aku
melukis apa yang aku lihat, aku tak mampu menjadi pemikir yang tersirat seperti
Latif yang mampu merakam dua warkah berbeza dalam setiap karyanya, tapi aku
punya sedikit anugerah kurniaan Yang Esa, lalu aku gunakan untuk menyuarakan
isi hatiku dengan coretan warna dan palitan garisan membentuk wajah di atas
kanvas.
Kalau orang seusia aku mengagumi bakat Mawi, Yusry, Adam, Sofaz,Kristal ...rasanya aku lebih mengagumi bakat Yusof Ghani, Prof. Datuk Raja Zahabuddin Raja Yaacob, Raja Azhar Idris, Muid Latif, Ahmad Shukri Elias, Prof. Madya Ramlan Abdullah, Intan Rafiza, Khalil Ibrahim, Ismail Latif dan ramai lagi pelukis-pelukis Malaysia yang hebat.

Karyaku lebih tertumpu kepada kehidupan kotaraya seperti ’my mom
and I’(sepasang ibu dan anak membeli belah), ’how do he got it?’( lelaki muda
berkereta mewah), ’60’s sibling’(sekumpulan adik beradik pencinta lagu 60-an
sedang bermain gitar),’anak ikan’ (gelagat gadis muda di temani lelaki tua) dan
’gothic or ska or punk or i’m confused?’(kerenah belia sekarang dalam
berfesyen) antara lukisan-lukisan yang pernah aku hasilkan.
Aku duduk di penjuru dinding yang pernah gadis itu berdiri. Cuba
mengutip kembali sedetik memori itu, jariku pantas melakar nukilan itu di
kertas putih ditanganku. Balik rumah nanti akan ku pindahkan lakaran awal ini ke kanvas
besar. Aku
ke galeri ini saban hari, masih menunggunya dengan harapan, kadang-kadang
terasa diri ini dungu, tak mampu bertanya nama nya. Hari
ini hari terakhir pameran ini.
Aku sudah menyiapkan sepuluh keping lakaran gadis itu di berbagai sudut galeri ini, lakaran gadis itu di jalanraya, lakaran tamparannya di pipiku, senyuman manisnya..aduh,aku diserang angau. Menanti sesuatu yang tak pasti, namun sekurang-kurangnya aku mampu berkarya kembali. Karya terakhir yang aku hasilkan sebulan lalu masih mampu menanggung hidup bujangku.

Aku terkesima, diakah itu? Baju kurung biru bermotif bunga-bunga kecil menyerlahkan
keayuannya.
Jari ku pantas lagi melakar dan memotret gerak gerinya. Aku
membiarkan dia menikmati lukisan-lukisan ’Open For Business’, ‘Toxic Waste’,
‘Forest Reserved’, ‘Belakang’, ‘Ulam Mencari Sambal’, ‘Fantasy Dream’ dan ‘One
Way’ karya-karya Abd Latif Maulan. Kali ini aku tak berniat mengganggu tumpuannya, walhal aku jua
semakin asyik melakar gerak gerinya. Hampir 10 lakaran dirinya mampu aku
hasilkan secara goresan biasa selama dua jam dia di galeri ini. Aku
cepat-cepat memasukkan kertas-kertas ini ke beg ’mortar’ku.
Dia menyedari kehadiranku selepas selesai tawafnya mengelilingi
galeri itu.
“So, macamana?“. Berkerut sedikit dahinya mendengar soalanku, tapi pantas juga
dia mengerti bila aku mengarahkan mata ku ke arah lukisan-lukisan itu.
“Amazing artwork, lukisan yang kemas, penggunaan warna yang menekankan penceritaan, ringkas tapi penuh bermakna. Ibarat membaca yang tersembunyi dalam hidup di kotaraya ini. Perlu banyak berfikir, tapi maksudnya memang sampai terus ke hati“, jawabnya penuh keyakinan.

“Kau ni belajar seni atau sastera ke?”,berkerut lagi
dahinya sebelum bibirnya mengorak senyuman.
“Saya pernah belajar aeronautical engineering dan
sekarang saya jadi pensyarah dalam bidang yang sama. Salahkah orang tak de
pendidikan seni sama-sama menikmati keindahan ini?“,tukasnya lalu memandangku
menunggu jawapan.
Aku memang jenis manusia yang tak suka menjawab soalan,lalu kubiarkan soalannya tergantung dan menyoal lagi, „“Ada ke aku cakap salah? Apa yang patut aku tahu tentang keindahan aeronautical engineering kau tu?. Terus terang aku tak pernah dengar pasal benda-benda ni. Kau boleh bawak kapal terbang ke?”.

Dia ketawa kecil, masih bersabar dengan kerenah aku yang banyak
bertanya dari menjawab. “Saya belajar tentang rekabentuk kapal terbang, kelakuan kapal
terbang masa tengah terbang, aliran aerodynamik udara, sifat kelakuan bendalir,
kekuatan struktur bahan, menyelesaikan masalah secara sistematik, berapa
geseran udara yang manusia kena tempuhi untuk berdiri tegak...itulah
keindahannya“, jawapannya tegas dalam kelembutan.
“Aku tak nampak apa yang indah pun dalam apa yang kau
ceritakan tu“, aku membangkang pendapatnya sekadar untuk mengheret dia dalam
perbualan yang lebih panjang.
“Kapal terbang kena ikut graf penerbangan yang di hadkan
oleh batasan-batasan tertentu contohnya had kuasa engin, had daya angkat(lift),
had suhu, had tekanan kabin, had tekanan dinamik dan had ketahanan struktur. Semua
ni berkait dengan hidup juga, sebab setiap sesuatu dalam hidup ini ada
batasannya dan peraturan yang telah ditetapkan untuk kita patuhi, tak kira kita
suka atau tak.“, jawapannya kali ini membuat aku terkedu.
Betapa selama ini aku terleka dalam dunia ku sendiri. Terbayang di ruang mataku solatku yang terabai kerana asyik dengan layar kanvasku, berkurung seharian di studio, berjoli di kelab malam dengan hasil jualan lukisanku malah tanpa sedar aku melupakan had batasan yang telah ditetapkan dalam diri seorang muslim sepertiku.
Aku sepatutnya mencontohi Dr. Sulaiman Esa yang merupakan pelukis Malaysia yang mempelopori seni lukisan kontemporari Islam dan sentiasa menyelitkan sedikit pendidikan dan pengajaran berguna dalam karyanya.

“Zahri Asyaari, saya memiliki salah satu karya
lukisan awak.
Saya memang mengagumi hasil kerja awak, dan saya yakin awak akan
berjaya macam pelukis-pelukis terkenal lain.
Barangkali lebih tersohor dari Van Goh, Da Vinci, Lippi ataupun
Del Verrochio. Carilah ketenangan dalam hati awak bukan di tempat lain.
Ketenangan itu akan membantu awak berkarya.“, tenang bicaranya satu-satu menusuk telingaku tembus terus ke jantungku. Kali ini aku terdiam, tiada lagi soalan di benakku, huluran sampul merah jambu dari tangannya aku sambut. Dia berlalu pergi selepas memberi salam, meninggalkan aku tegak berdiri di sudut penjuru galeri itu.

Sudut yang sama aku memehatikannya dulu, sudut yang sama aku
melakar wajahnya dan sudut yang sama ini juga lah hatiku pecah berderai.
Aku meneliti muka depan kad
itu, tertera gambar gadis itu di penjuru kanan dan di penjuru kiri gambar
seorang lelaki yang seperti ku kenali. Kata-kata di bahagian dalam merentap jantungku, ’Undangan ke
majlis kesyukuran perkahwinan puteri kami Nur Cherrina Emilyia yang bertemu
jodoh dengan Akmal Syukry’.
Akhirnya aku teringat, lelaki ini lah salah seorang dari pemain gitar dalam lukisan ’60’s siblings’ yang pernah aku hasilkan dulu. Aku ingat lagi lelaki ini dan adik-adiknya berhenti memainkan alat muzik apabila azan berkumandang, menunaikan kewajipan solat bersama adik-adiknya. Masih jelas juga lagi di ingatanku aku menolak ajakannya berjemaah dengan alasan pakaianku kotor dengan warna cat,dan dengan berhemah di hulurkan pakaian bersih buatku. Hari itu aku solat selepas sekian lama tidak sujud kepadaNya....

“Jika ku tanya padamu manakah arah kiblatmu,apakah
jawapanmu sama denganku? Satu rumpun budaya,satu akar bahasa, satu soalan nak
ku tanya, adakah kita punya satu suara?“, lagu Satu Suara nyanyian Rausyanfikir
yang berkumandang di Radio Tm FM mengembalikan aku ke alam nyata dan
menghentikan lamunanku pada peristiwa tahun lalu.
Benarlah kata orang, insan seni jiwanya halus, mudah terasa,
mudah juga terluka. Aku terluka kerana terlebih menyimpan rasa buat gadis itu, tapi
aku juga terasa bahawasanya dia muncul untuk menyedarkan aku dari lena ku yang
dulu. Esok
aku akan mengadakan pameran lukisan solo ku : ZAHRI ASYAARI ~ SINAR DALAM
GELITA.
Kali ini aku muncul dengan lukisan lakaran kasih sayang dalam kehidupan dan lukisan ’gadis di sudut itu’ bakal menjadi lukisan utama untuk majlis perasmian. Sesuatu yang pasti, aku sudah mengirimkan undangan istimewa buat pasangan Akmal Syaary & Nur Cherrina Emilyia!

cerpen cinta????????????????????
BalasHapus